Friday, May 27, 2011

Mari kenali Agama Ahmadiyah

Telah datang suatu pertanyaan ke Lajnah Da'imah yang berbunyi: "Apa hukum agama baru dan pengikutnya; iaitu yang disebut Ahmadiyah?"

Jawaban: "Telah muncul keputusan dari Pemerintah Pakistan bahawa kelompok Ahmadiyah ini telah keluar dari Islam, demikan juga telah muncul keputusan dari Rabithah Alam Islami Makkah Mukarramah bahawa Ahmadiyah telah keluar dari Islam, sebagaimana di dalam Muktamar Organisasi-organisasi Islam yang diadakan di Rabithah tahun 1394H, dan telah disebarluaskan sebuah risalah yang menjelaskan pokok-pokok kelompok Ahmadiyah ini, bagaimana perkembangannya, dan yang lainnya yang menjelaskan hakikatnya.


Kesimpulannya bahawa Ahmadiyah adalah sebuah kelompok yang mengklaim bahawa Mirza Ghulam Ahmad al-Hindi adalah seorang nabi yang mendapatkan wahyu dari Allah dan bahawasanya tidak sah keislaman setiap orang hingga beriman kepada kenabian Mirza Ghulam Ahmad, padahal dia dilahirkan pada abad ke-13, Allah Subhanahu wa Ta'ala telah mengkhabarkan di dalam al-Quran bahawa Nabi kita Muhammad sallallahu alaihi wasallam adalah penutup para nabi, dan para ulama telah sepakat atas hal itu. Barang siapa yang mengkalim bahawa ada nabi yang datang sesudah beliau yang mendapat wahyu dari Allah Azza wa Jalla maka dia telah kafir kerana dia telah mendustakan Kitabullah Azza wa Jalla, mendustakan hadis-hadis yang sahih dari Rasulullah sallallahu alaihi wasallam yang menunjukkan bahawa beliau adalah penutup para nabi, dan menyelisihi ijma' umat Islam." [Fatwa Lajnah Da'imah, no. 165]

Kemudian juga tertera di dalam Fatwa Lajnah Da'imah no. 4317: 'Kenabian telah diakhiri oleh Nabi kita Muhammad sallallahu alaihi wasallam maka tidak ada nabi yang datang sesudahnya, berdasarkan dalil-dalil dari Kitab dan Sunnah, barang siapa yang mengkalim kenabian sesudah itu maka dia adalah seorang pendusta, di antara para pendusta tersebut adalah Ghulam Ahmad al-Qadiyani, maka kalim kenabian bagi dirinya adalah kedustaan, dan apa yang disangka oleh Ahmadiyah Qadiyani tentang kenabiannya maka adalah sangkaan yang dusta. Dan telah keluar keputusan dari Majlis Haiah Kibat Ulama Arab Saudi yang menggolongkan bahawa Ahamdiyah adalah kelompok yang kafir dengan sebab hal itu."

Sikap Negara Islam terhadap Ahmadiyah

Pemerintah Pakistan telah mengeluarkan keputusan bahawa Ahmadiyah telah keluar dari Islam dan digolongkan minoriti non-Muslim sebagaimana di dalam Fatwa Lajnah Da'imah no. 1615 di atas.

Malaysia telah melarang ajaran Ahmadiyah di seluruh Negara sejak tanggal 18 Jun 1975.

Brunei Darussalam juga telah melarang ajaran Ahmadiyah di seluruh Negara [Lihat Fatwa Munas VII Majelis Ulama Indonesia tahun 2005 hlm. 153]

Pemerintah Kerajaan Arab Saudi telah menggeluarkan keputusan bahawa Ahmadiyah adalah Kafir dan Tidak Boleh pergi haji ke Mekah [Lihat Buletin LPPI Jakarta].

*Bingkisan Istimewa Buat Para Pencari Kebenaran. Oleh Aarif Fathul Ulum bin Ahmad Saifullah
______________________________________________________________________________

INFORMASI

[1] Untuk memaca hukum hakam selanjutnya, anda boleh klik link di bawah:


[2] Anda semua boleh dapatkan kuliah Ustaz Fathul Bari berkenaan sunnah dan isu semasa berkaitan. Klik link di bawah:


LAMAN WEB RASMI KAMI: www.1manhajsalaf.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment