Saturday, December 24, 2011

Hukum Sambut Christmas Dan Ucapan Merry Christmas!

Asy-Syaikh Saleh bin Abdil Aziz Alu Asy-Syaikh berkata dalam Al-Minzhar hal. 104, ketika beliau menyebutkan beberapa kesalahan kaum muslimin berupa tasyabbuh (menyerupai) orang-orang non muslim. Beliau berkata pada kesalahan yang ketiga:

Tasyabbuh dengan mengadakan id (hari raya) yang diadakah oleh selain kaum muslimin atau turut serta dalam hari-hari raya mereka.

Ini haram, tidak halal bagi siapapun untuk merayakan dan turut serta di dalam satupun dari hari-hari raya Nashrani.

Sebagian kaum muslimin ada yang merayakan ‘id untuk para karyawan (yang non muslim) di yayasan atau di perusahaan atau di rumah-rumah. Perbuatan ini adalah dukungan kepada mereka (orang-orang kafir) dalam menegakkan syiar-syiar agama dan kesyirikan mereka. Dan barangsiapa yang tasyabbuh (menyerupai) suatu kaum maka dia termasuk dari mereka, sebagaimana yang tsabit (shahih) bahwa Nabi -Shollallahu ‘alaihi wasallam- bersabda:

Sunday, December 11, 2011

Syeikh Al-Albani yang kami cintai (Rahimahullahu Ta'ala Amin)

Syeikh Al-Albani Yang Aku Cintai

Bila terdengar namanya Al-Albani,
Semua pejuang Sunnah pasti mengenali,
Walaupun diri belum pernahku ketemui,
Sebut saja kitabnya pasti semua memuji,
Dek kerana jihad mempertahankan SUnnah Nabi

Ketika bumi ketandusan ulama Rabbani,
Muncullah insan bernama Syeikh Al-Albani,
Hadirnya dia bukan utk kepentingan diri mahupun kemashuran insani,
Namun untuk berkhidmat utk agama Ilahi,

Zaman silih berganti,
Musuh agama tidak pernah sunyi,
Al-Khawariji, Muktazili dan juga Syi’ie,
Memakai jubah disebalik ujub pada diri,

Kini bila tiba zaman kontemporari,
muncul pula Al-Ghari,Al-Malinbari dan Al-Ahbasyi,
mencari kesalahan tanpa cermin diri sendiri,
bila bercakap hormat tidak sesekali,

Sunday, November 27, 2011

Hadis Palsu : Membaca Doa Awal dan Akhir Tahun

Dalam buku kecil Majmuk Syarif yg banyak tersebar dikalangan masyarakat, disebutkan tentang kelebihan membaca doa di akhir dan awal tahun mengikut kiraan Hijrah. Malang sekali, amalan dan kelebihan yang dinyatakan tidak bersumberkan hadis sahih dan ia adalah palsu.

Dinyatakan dalam buku tersebut :

“inilah doa akhir tahun iaitu hendaklah dibaca 3 kali pada akhir waktu asar 29 atau 30 haribulan Zulhijjah. Siapa membaca doa ini pada waktu tersebut, syaitan berkata “susah bagiku dan sia-sialah pekerjaanku pada setahun ini kerana dibinasakan dengan satu akibat membaca doa-doa ini, maka Allah mengampunkan semua dosanya”

Thursday, October 20, 2011

Hasan Al-Banna dan Dakwah Tauhid: Antara Dongeng Dan Fakta

Diterjemahkan oleh: Abul Hussein

Berkata Syeikh Hassan `Abdul Wahhab Al-Banna –hafizahullah- :

Sesungguhnya telah menceritakan kepada kami sebahagian saudara-saudaraku yang terpecaya: telah berlaku pertemuan antara Hasan Al-Banna- rahimahullah- dan bersamanya sebahagian pemimpin-pemimpin Al-Ikhwanul Muslimin di Markaz Jamaah Ansarus Sunnah Al-Muhammadiah ( lorong 10 Ad-Damalisyah di `Abidin )- diantara Fadilatus Syeikh Muhammad Hamid Al-Faqi rahimahullah- Ketua Jamaah Ansaru Sunnah Al-Muhammadiah- dan bersamanya beberapa orang saudaranya, Hasan Al-Banna menawarkan kepada beliau untuk saling bekerjasama dalam urusan Dakwah, lalu Syeikh Hamid Al-Faqi bertanya kepadanya: " Kita nak berdakwah kepada apa? " Jawab Hasan Al-Banna: " Kepada Islam secara umumnya."