Thursday, October 20, 2011

Hasan Al-Banna dan Dakwah Tauhid: Antara Dongeng Dan Fakta

Diterjemahkan oleh: Abul Hussein

Berkata Syeikh Hassan `Abdul Wahhab Al-Banna –hafizahullah- :

Sesungguhnya telah menceritakan kepada kami sebahagian saudara-saudaraku yang terpecaya: telah berlaku pertemuan antara Hasan Al-Banna- rahimahullah- dan bersamanya sebahagian pemimpin-pemimpin Al-Ikhwanul Muslimin di Markaz Jamaah Ansarus Sunnah Al-Muhammadiah ( lorong 10 Ad-Damalisyah di `Abidin )- diantara Fadilatus Syeikh Muhammad Hamid Al-Faqi rahimahullah- Ketua Jamaah Ansaru Sunnah Al-Muhammadiah- dan bersamanya beberapa orang saudaranya, Hasan Al-Banna menawarkan kepada beliau untuk saling bekerjasama dalam urusan Dakwah, lalu Syeikh Hamid Al-Faqi bertanya kepadanya: " Kita nak berdakwah kepada apa? " Jawab Hasan Al-Banna: " Kepada Islam secara umumnya."


Kata Syeikh Hamid: " Kita mulakan dahulu dengan mengasaskan dakwah kita atas Tauhid – Akidah Ahli Sunnah Wal Jama`ah- lalu Hasan Al-Banna menolak dengan berpaling katanya: " Kalau begitu manusia akan lari daripada kita".

Dan kedua-duanya bertegar di atas prinsip masing-masing,kemudian mereka banyak kali bertemu dan tidak bersetuju,dan masing-masing daripada keduanya bersendirian dengan uslub(manhaj) yang masing-masing berjalan di atasnya.

Dan diantara orang yang aku dengar daripada mereka kisah pertemuan ini ialah saudaraku Syeikh Muhammad,dan Al-Ustaz Ahmad Al-Gharib.

Kata Syeikh `Abdul `Aziz `Asyur daripada bapanya:

Sesungguhnya Syeikh Muhammad Hamid Al-Faqi telah bertemu dengan Hasan Al-Banna yang sedang duduk bersama-sama dengan sekumpulan imam-imam Mu`attilah( -pent-Golongan yang menafikan sifat-sifat Allah Ta`ala iaitu Asya`irah )lalu beliau berkata kepadanya: " Engkau seperti pencari kayu api di waktu malam yang gelap!!".

Dan beliau berkata kepada Imam-imam Al-Mu`attilah: " Jangan kamu kata kamu menyembah Allah,sebenarnya sembahan kamu adalah sesuatu yang tiada sifat,dan Allah bagiNya ada nama-nama dan sifat-sifat yang thabit dalam Al-Kitab dan As-Sunnah"

Berkata kepadaku Syeikh Fathi `Uthman- Sejarawan Ansaru Sunnah- Aku telah mendengar daripada salah seorang senior Ansaru Sunnah dan beliau ialah Al-Hajj Mahmud `Abdul `Aziz bahawasanya Syeikh Muhammad Hamid Al-Faqi rahimahullah suatu hari memberikan nasihat kepada Al-Ustaz Hasan Al-Banna dengan berkata: " Wahai Hasan!!,pilihlah ahli-ahli engkau, jangan engkau jadi seperti pencari kayu api di waktu malam yang mengumpulkan tali dengan ular!!.

Jawab Hasan al-Banna: "Aku kumpulkan mereka kemudian aku akan kenalkan mereka( dengan akidah yang shahih )".

Syeikh Al-Faqi berkata kepadanya: " Jika mereka sudah ramai mengikuti engkau maka mereka yang menguasai engkau."


Komentar: Inilah hakikat dan gambaran sebenar dakwah Ikhwanul Muslimin terhadap Tauhid,maka seruan Tauhid atau Akidah yang dilaung-laungkan mereka sebenarnya hanyalah khayalan dan jauh daripada realiti yang ada baik semenjak zaman penubuhan mereka sehinggalah ke hari ini.Natijahnya sehingga hari ini Ikhwanul Muslimin mengumpulkan semua firqah di dalamnya baik Syiah Rafidhah,Jahmiyyah,Sufiyyah,Asya`irah,Muktazilah dan firqah-firqah sesat yang lain.

Rujukan:


Kitab Lamhaat `An Dakwah Al-Ikhwanul Muslimin oleh Syeikh Muhammad Hamid Al-Faqi, Syeikh Ahmad Muhammad Syakir, Syeikh `Abdul Rahman Al-Wakiil, Syeikh Mahmud Muhammad Syakir, Syeikh Muhammad `Abdul Wahhab Al-Banna dan Syeikh `Abdul Wahhab Al-Banna disusun dan dikumpulkan oleh Muhammad bin `Iwadh bin `Abdul Ghani. Halaman 28-29, Darus Sabilil Mukminin cetakan pertama 1431H/2010M Kaherah,Mesir.


http://ibnabiashim89.blogspot.com/2011/10/hasan-al-banna-dan-dakwah-tauhid-antara.html
______________________________________________________________________________

INFORMASI

[1] Untuk membaca hukum hakam selanjutnya, anda boleh klik link di bawah:
  • http://www.facebook.com/1manhajsalaf
[2] Anda semua boleh dapatkan kuliah Ustaz Fathul Bari berkenaan sunnah dan isu semasa berkaitan. Klik link di bawah:
  • http://www.facebook.com/ufbchannel?ref=ts
LAMAN WEB RASMI KAMI: www.1manhajsalaf.blogspot.com

http://www.scribd.com/doc/58361060/JAWI-mengiktiraf-Manhaj-Salaf

0 comments:

Post a Comment