Sunday, May 22, 2011

Akhlak Mulia sebagai perangkap Syaitan?

Kata al-Imam al-'Allamah Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah (rh) dalam Kitab Ighatsatul Lahfan min Masa-id al-Syaitan (juz 1, m.s 120, Maktabah al-Ma'arif):

Fasal: dan daripada jenis-jenis Perangkap dan Tipu dayanya (Syaitan):


Dia menyeru seorang hamba itu melalui Akhlak yang baik, kemanisan wajahnya, dan keceriaannya untuk melakukan beberapa jenis dosa dan kekejian; maka dia (si hamba) bertemu dengan orang yang sepatutnya tidak dapat dia meloloskan diri daripada kejahatan orang itu melainkan dengan bermasam wajah dan berpaling daripada wajahnya lalu si musuh (Syaitan) menghiasi kepadanya untuk bertemu dengan orang itu dengan keceriaan, kemanisan wajah, dan perkataan-perkataan manis, lalu dia pun tertarik hati dengan orang itu, maka apabila dia hendak membebaskan dirinya (daripada kejahatan orang itu) dia sudah tidak mampu lagi, maka sentiasalah si musuh (syaitan) bekerja (menggoda) antara keduanya sehingga dia mencapai hajatnya maka dia memasukkan ke atas si Hamba tadi ke perangkapnya melalui pintu Akhlak Mulia dan Kemanisan Wajah.

Oleh sebab ini, para Tabib Hati mewasiatkan supaya berpaling daripada Ahli Bidaah dan tidak member salam kepada mereka, tidak menunjukkan muka manis kepada mereka dan tidak berjumpa dengan mereka melainkan dengan wajah yang masam dan berpaling.


Demikian juga mereka berpesan (melakukan demikian) ketika bertemu dengan orang-orang yang ditakuti fitnahnya daripada para Wanita dan Amrad dan mereka berkata: "Apabila engkau menampakkan keputihan gigi kamu kepada Wanita dan Anak Lelaki (Amrad) kedua-duanya akan membuka pula bagi engkau apa yang ada di sana (daripada fitnah) namun jika kamu bertemu mereka dengan wajah yang masam maka kamu dilindungi daripada fitnah keduanya".

http://www.facebook.com/note.php?note_id=10150241950746745
______________________________________________________________________________

INFORMASI

[1] Untuk memaca hukum hakam selanjutnya, anda boleh klik link di bawah:


[2] Anda semua boleh dapatkan kuliah Ustaz Fathul Bari berkenaan sunnah dan isu semasa berkaitan. Klik link di bawah:


LAMAN WEB RASMI KAMI: www.1manhajsalaf.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment