Monday, May 2, 2011

Apa hukum mengatakan Ali "Karramallahu Wajhah"?

Soalan: Kenapakah digelar Ali bin Abi Talib dengan Pemuliaan Wajah (Karramallahu Wajhah)?

 Jawapan: Menggelar Ali bin Abi Talib dengan Kemuliaan Wajah (Karramallahu Wajhah) dan mengkhususkan beliau dengannya  termasuk sikap melampau kaum Syiah terhadap beliau. Dikatakan sebabnya adalah beliau tidak pernah melihat aurat sesiapa pun atau kerana beliau tidak pernah sujud kepada berhala. Namun, ini tidak khusus kepada beliau bahkan terdapat Sahabat lain juga seperti ini daripada mereka yang dilahirkan dalam Islam.



وبالله التوفيق. وصلى الله على نبينا محمد، وآله وصحبه وسلم.

Lajnah Tetap untuk Kajian Ilmiah dan Fatwa.

Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz – Ketua
Abdul Razak ‘Afifi – Timb. Ketua
Abdullah bin Ghudyan –Anggota
Abdullah bin Qa’ud – Anggota.

Jilid 3 m.s 403 No Fatwa: 3627

Kesimpulan:

1. Gelaran "karramaLlahu wajhah" (Allah memuliakan wajahnya) ke atas `Aliy bin Abi Thalib adalah kurang tepat.

2. Gelaran yang sepatutnya diberikan kepada `Aliy dan semua sahabat lain ialah "radhiyaLlahu `anh" (Allah meredhainya) tanpa sebarang pembezaan antara seorang sahabat dan sahabat yang lain.

3. Konon gelaran "karramaLlahu wajhah" diberikan kepada `Aliy kerana beliau tidak pernah menyembah berhala dan beliau mempunyai kelebihan berbanding sahabat yang lain, namun hal ini kurang tepat kerana:
  • ramai lagi sahabat lain yang masuk Islam dan tidak pernah menyembah berhala, antaranya Ibnu Az-Zubayr dan An-Nu`man bin Basyir.
  • Abu Bakr, `Umar Al-Khatthab dan `Usman bin `Affan adalah lebih utama daripada `Aliy bin Abi Thalib.
4. Gelaran "karramaLlahu wajhah" dan "`alayhi s-salam" digunapakai khususnya oleh golongan Syi`ah dalam melebih-lebihkan `Aliy daripada sahabat yang lain.

5. Semua sahabat adalah mulia dan dihormati, dan masing-masing mempunyai kelebihan yang disebutkan oleh baginda Muhammad SallaLlahu `alayhi wasallam dalam hadisnya dan tidak boleh untuk kita merendah-rendahkan mereka dengan gelaran yang hina ataupun melebih-lebihkan dengan secara melampau seperti yang dipraktikkan oleh golongan Syi`ah.

Butiran Lanjut:

1. Petikan dari pendapat Fadhilatu sy-Syaikh Sulaiman bin Nasir Al-`Ulwan:

أن تخصيص أمـير المؤمنين عـلي بن أبي طالب رضي الله عنـه بـوصف " كرم الله وجهه " ليس لـه مسَوَّغ شرعي ، ولا جرى به عمل أئمة الهدى ، وأهل العلم المعنيين بالسنة وحراستها .

Pengkhususan ke atas Amiru l-Mu'minin `Aliy bin Abi Thalib radhiyaLlahu `anhu dengan sifat "karramaLlahu wajahah" (Allah memuliakan wajahnya) bukanlah ianya dituntut dalam syara`, dan tidak diketahui ianya dari amalan para imam yang mendapat petunjuk, mahupun dari ahli ilmu sama ada dari sunnah dan adatnya.

وقد شاع هذا اللفظ في المتأخرين ، وغلب في عبارات الرافضة والجهّال .

Dan sesungguhnya telah meluas penggunaan lafaz ini di kalangan orang terkemudian, dan ia didominasi oleh orang Rafidhah (Syi`ah) dan orang jahil.

وجماعة ممن أسلم من الصحابة ، لم يثبت عنهم أنهم سجدوا للأصنام ، والصحابة الذين ولدوا في الإسلام ، كابن الزبير ، والنعمان بن بشير ، وجماعة ، لم يسجدوا إلى صنم قط .

Dan ramai dari kalangan para sahabat yang memeluk Islam, tidak pernah mereka sujud kepada berhala, dan sahabat yang dilahirkan dalam Islam, seperti Ibnu Az-Zubayr, dan An-Nu`man bin Basyir, dan ramai lagi, mereka tidak pernah sujud kepada berhala sama sekali.

فتخصيص علي رضي الله عنه بذلك دون غيره من الصحابة ، لغو من القول وابتداع في الدين .
Maka pengkhususan ke atas `Aliy radhiyaLlahu `anh dengan hal itu tanpa selainnya dari kalangan sahabat yang lain (meletakkan gelaran "karramaLlahu wajhah" khas kepada `Aliy seorang sahaja), sia-sia dari perkataan dan ibtida` dalam agama.

قال الحافظ ابن حجر العسقلاني رحمه الله في كتابه فتح الباري [7 / 34] : ( قد سبق بيان الاختلاف في أيّ الرجلين أفضل بعد أبي بكر وعمر : عثمان أو علي ، وأن الإجماع انعقد بآخره بين أهل السنة ، أنّ ترتيبهم في الفضل ، كترتيبهم في الخلافة رضي الله عنهم أجمعين )

Berkata Al-Hafiz Ibn Hijr Al-`Asqalaniy rahimahuLlah dalam kitabnya "Fathu l-Bari" [34/7]: Sungguh telah berlalu penerangan tentang perbezaan pendapat dalam hal 2 tokoh manakah yang lebih utama selepas Abu Bakr dan `Umar - `Usman atau `Aliy; dan ijma` telah berlaku di antara ahli Sunnah, bahawa tertib/susunan mereka (4 tokoh di atas) dari segi keutamaan, adalah seperti tertib mereka dari segi khilafah radhiyaLlahu `anhum ajma`in (Abu Bakr,`Umar, `Usman dan terakhir ialah `Aliy).

2. Pendapat dari Ibnu Kasir:

قال ابن كثير في التفسير (3/517) :

وقد غلب هذا في عبارة كثير من النساخ للكتب أن يفرد علي رضي الله عنه بأن يقال عليه السلام من دون سائر الصحابة أو كرم الله وجهه وهذا وإن كان معناه صحيحا لكن ينبغي أن يسوى بين الصحابة في ذلك فإن هذا من باب التعظيم والتكريم فالشيخان وأمير
المؤمنين عثمان أولى بذلك منه رضي الله عنهم أجمعين

Berkata Ibnu Kasir dalam Tafsirnya (3/517):

Dan sungguh telah masyhur hal ini (penggunaan "karramaLlahu wajhah" ke atas `Aliy) pada ramai dari kalangan penulis buku-buku yang "meng-individukan" (specialize) `Aliy radhiyaLlahu `anh dengan gelaran "`alayhi s-salam" tanpa (gelaran tersebut) ke atas seluruh sahabat yang lain atau gelaran "karramaLlahu wajhah", dan hal ini meskipun jika maknanya sahih tetapi wajar untuk menyamakan antara sahabat-sahabat pada hal ini, kerana ianya dari bab penghormatan dan pemuliaan (ke atas semua sahabat), maka 2 tokoh itu (Abu Bakr dan `Umar) dan Amiru l-Mu'minin `Usman adalah lebih awla dalam bab ini daripadanya (`Aliy) radhiyaLlahu `anhum ajma`in.

Rujukan:

1. ahlalhdeeth.com
2. islam2all.com
3. http://www.facebook.com/note.php?note_id=476246501744
4. http://www.facebook.com/note.php?note_id=10150167910860114
______________________________________________________________________________

INFORMASI

[1] Untuk memaca hukum hakam selanjutnya, anda boleh klik link di bawah:


[2] Anda semua boleh dapatkan kuliah Ustaz Fathul Bari berkenaan sunnah dan isu semasa berkaitan. Klik link di bawah:


LAMAN WEB RASMI KAMI: www.1manhajsalaf.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment