Kata Ustaz Zamihan: "Ustaz Rasul Dahri mengkafirkan Ulamak dan umat Islam." Lihat print screen di bawah
Di dalam buku BID'AH MENURUT AHLI SUNNAH WAL-JAMAAH edisi pertama di halaman 149 dan di edisi kedua pada halaman 193 terdapat teks bertulis:
Bid'ah Iktikadiyah ialah berpegang atau menyakini sesuatu akidah yang bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah yang telah ditetapkan oleh Allah SWT, Rasul-Nya SAW dan para sahabat RA. Sama ada bid'ah yang tersemat dalam iktikad tersebut disertakan dengan pembuktian amalan atau setakat keyakinan yang tidak dilahirkan, ia termasuk dalam golongan orang yang bid'ah akidahnya.
Termasuk dalam kategori ini (bid'ah iktikad) sebagaimana yang disepakati oleh Ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah yang berpegang dengan manhaj Salaf as-Soleh ialah: Syiah, Khawarij, Jahmiyah, Murjiah, Muktazilah, Asy'ariyah dan semua cabang-cabang dari firqah-firqah sesat ini. Mereka adalah golongan yang bid'ah akidahnya yang mana di akhirat kelak akan dikekalkan di dalam neraka.
Di dalam Edisi Ketiga pula pada jilid 1 halaman 352, terdapat perubahan teks iaitu:
Bid'ah Iktikadiyah ialah berpegang atau menyakini sesuatu akidah yang bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah yang telah ditetapkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran, Rasul-Nya di dalam hadis-hadis yang sahih dan athar para sahabat RA. Sama ada bid'ah yang tersemat dalam iktikad tersebut disertakan dengan pembuktian yang dilahirkan dengan amalan atau setakat keyakinan yang tidak dilahirkan, maka ia termasuk dalam golongan orang yang bid'ah akidahnya.
Termasuk dalam kategori ini (bid'ah iktikad) sebagaimana yang disepakati oleh Ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah yang bermanhaj Salaf as-Soleh ialah: Syiah, Khawarij, Jahmiyah, Murjiah, Muktazilah, Asy'ariyah dan semua cabang-cabang dari firqah-firqah yang terkeluar dari landasan akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah. Mereka adalah golongan yang bid'ah akidahnya yang mana di akhirat kelak akan dihumban ke dalam neraka jika tidak bertaubat sebelum mati.
Untuk pengetahuan para pembaca budiman:
Maksud penulis menyatakan: "Akan dikekalkan di dalam neraka" atau "Akan dihumban ke dalam neraka jika tidak bertaubat sebelum mati" adalah semata-mata bermaksud: Sesiapa sahaja dari kalangan mereka yang berbagai-bagai alirannya, jika mereka mati dalam keadaan kesyirikan (mati dalam keadaan syirik/menyekutukan Allah SWT), maka akan dikekalkan di dalam neraka kerana akidah tauhid adalah teras utama kehidupan beragama.
Fahamilah bahawa perbincangan atau pembahasan di dalam buku tersebut (BID'AH MENURUT AHLI SUNNAH WAL-JAMAAH) di dalam teks di atas, ia membincangkan persoalan-persoalan syirik atau tajuk syirik, bukan persoalan fiqiyah, furu' atau muamalat. Ketahuilah bahawa telah sepakat para Ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah bahawa sesiapa yang mati dalam keadaan syirik jika tidak sempat bertaubat dari kesyirikannya sebelum mati, maka dia akan dikekalkan dalam neraka buat selama-lamanya iaitu berdalilkan hujah-hujah qati'ah dari al-Quran dan hadis-hadis sahih. Allah SWT berfirman:
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar."
[an-Nisaa 4:48]
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua), dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh."
[an-Nisaa 4:116]
Katakanlah: "Sesungguhnya aku hanya diperintahkan supaya menyembah Allah, dan supaya aku tidak mempersekutukanNya dengan sesuatu yang lain: kepadaNyalah aku menyeru (manusia semuanya untuk menyembahNya), dan kepadaNyalah tempat kembaliku (dan kamu semuanya untuk menerima balasan)".
[ ar-Ra'd 13:36]
"Sesungguhnya orang-orang yang kafir dari Ahli Kitab dan orang-orang musyrik itu akan ditempatkan di dalam neraka Jahannam, kekalah mereka di dalamnya. Mereka itulah sejahat-jahat makhluk."
[al-Baiyyinah 98:6]
"Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama - (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya)".
[al-An'am 6:163]
"Dan jangalah kamu sekali-kali menjadi orang yang mempersekutukan (Allah)".
[al-An'am 6:14]
"Barangsiapa yang kafir sesudah beriman maka hapuslah amalannya dan ia di akhirat termasuk orang-orang yang merugi".
[al-Maaidah 5:5]
"Sesungguhnya orang-orang yang kafir dan menghalangi (dirinya dan orang lain) dari jalan Allah, kemudian mereka mati dengan keadaan kafirnya, maka Allah tidak sekali-kali akan mengampunkan mereka."
[Muhammad 47:34]
"Dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari ugamanya (ugama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya)."
[al-Baqarah 2:217]
"Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan pertemuan hari akhirat, gugurlah amal-amal mereka (yang baik). Mereka tidak diberikan balasan (pada hari akhirat) melainkan (bagi) apa yang mereka telah kerjakan (dari perbuatan kufur dan maksiat)."
[al-A'raaf 7:147]
"Tidaklah layak orang-orang kafir musyrik itu memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah, sedang mereka menjadi saksi (mengakui) akan kekufuran diri mereka sendiri. Mereka itu ialah orang-orang yang rosak binasa amal-amalnya dan mereka pula kekal di dalam neraka."
[at-Taubah 9:17]
"Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada Nabi-nabi yang terdahulu daripadamu: "Demi sesungguhnya! jika engkau (dan pengikut-pengikutmu) mempersekutukan (sesuatu yang lain dengan Allah) tentulah akan gugur amalmu, dan engkau akan tetap menjadi dari orang-orang yang rugi."
[az-Zumar 39:65]
"Yang demikian itu ialah petunjuk Allah, yang dengannya Ia memimpin sesiapa yang dihendakiNya dari hamba-hambaNya; dan kalau mereka sekutukan (Allah dengan sesuatu yang lain) nescaya gugurlah dari mereka, apa yang mereka telah lakukan (dari amal-amal yang baik)."
[al-An'am 6:88]
"Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar".
[Luqman 31:13]
Dan Rasulullah SAW bersabda tentang syirik"
"Sesiapa yang menemui Allah (di akhirat) dalam keadaan tidak mensyirikkannya dengan sesuatu, dia akan masuk syurga. Sesiapa yang menemui Allah dalam keadaan melakukan kesyirikan terhadap Allah dengan sesuatu, dia akan dimasukkan ke neraka".
[HR al-Bukhari (126) al-Ilm. Muslim (136) al-Iman. Ahmad (13964) Musnad.
Telah bersabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya barang siapa yang mati dalam keadaan syirik maka dia di neraka Jahim. Tiada siapa yang boleh menyelamatkannya dari dimasukkan ke neraka walaupun melalui berbagai-bagai perantaraan".
[HR muslim (Kitabul Iman)]
Bersabda Rasulullah SAW: "Dan hak seseorang hamba itu dari Allah ia tidak akan diazab jika tidak melakukan kesyirikan terhadap-Nya dengan sesuatu".
[HR Bukhari (2644) al-Iman. Muslim (44) al-Iman. Ibnu Majah (4286) az-Zuhud]
Dari Abu Hurairah berkata: "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda (hadis kudsi): Sesiapa yang mengamalkan (atau mengerjakan) sesuatu amal yang terdapat padanya kesyirikan terhadap-Ku, maka akan Aku biarkan dia (dalam kesesatan) dengan Kesyirikannya".
[HR Muslim (5300) az-Zuhud wa ar-Raqaiq]
Dalam edisi pertama halaman 152-153 dan edisi kedua halaman 196-197 dalam tajuk CONTOH-CONTOH BID'AH YANG MENYESATKAN sebagai larutan dari tajuk BID'AH HAKIKIYAH DAN BID'AH IDHAFIYAH tercatit teks berikut:
Jumhur Ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah yang mengikut manhaj Salaf as-Soleh tidak mengkafirkan atau mensyirikkan kesemua pelaku Bid'ah. Mereka hanya menghukum kafir atau syirik sehingga terkeluar dari "Millah Islamiyah" bagi sesiapa yang melakukan bid'ah di segi akidah. Sebagaimana yang telah diketahui oleh setiap orang yang beriman, akidah Islamiyah adalah akidah tauhid yang tidak pernah menghalalkan adanya tuhan tambahan, sekutu atau sembahan yang semisal dengan Allah SWT sebagai Rabbul 'alamin...
Adapun bid'ah yang paling besar dosanya ialah bid'ah di segi usuluddin (pokok/asas akidah) sehingga rosak tauhid atau keimanan seseorang apabila akidahnya terlibat dengan bid'ah atau unsur-unsur bid'ah tersebut. Bid'ah di segi akidah inilah yang menyebakan pelakunya kekal di neraka. Akidah tidak boleh dibid'ahkan atau ditokok-tambah dalam apa jua segi pun kerana ia merupakan persoalan ke-Esaan Allah SWT, ke-Sempurnaan dan ke-Agungan-Nya yang mustahil ada sekutu, sekufu, setara atau semisal dengan-Nya.
Kerosakan akidah sehingga merosakkan keimanan dan tauhid telah terjadi kepada firqah-firqah Syiah, Jahmiyah, Qadariyah, Kaum-kaum Mutakallimin (Ahli Kalam/Falsafah) atau seumpamanya yang mana firqah-firqah tersebut telah disepakati oleh Ahli Sunnah wal-Jamaah yang bermanhaj Salaf as-Soleh sebagai kufur dan dikenali sebagai Ahli Ahwa (Ahli Bid'ah) yang sesat.
Mohon Dihentikan Fitnah.
Semoga dengan penjelasan dan kenyataan ini, tidak akan ada lagi yang sengaja menimbulkan fitnah, perbuatan spekulasi, provokasi dan anggapan bahawa penulis (Saya Rasul bin Dahri) telah mengkafirkan semua (sekalian) mereka yang bermazhab Asya'irah sebagaimana tuduhan yang dibuat oleh beberapa individu yang menulis di dalam blog, facebook atau laman web mereka.
Diharapkan mereka semua yang terlibat dengan mengada-adakan fitnah, tuduhan melulu dan komen-komen liar segera menarik balik segala tindakan mereka terhadap hasil tulisan penulis (Rasul bin Dahri). Sama-samalah kita bertaubat dan takutlah kepada Allah SWT agar Allah sentiasa memberi hidayah, keikhlasan dan memelihara iman kita. Semoga kita semua dirahmati Allah SWT.
Oleh: Ustaz Rasul bin Dahri.

0 comments:
Post a Comment