Monday, May 2, 2011

"Saf terbatal" jika ada kanak-kanak?

Ada yang menyatakan boleh menyebabkan terbatalnya keseluruhan saf kerana ‘jangkitan sentuhan’ kanak-kanak. Fatwa seperti ini sebenarnya tidak dinilai dengan penghujahan dalil dan kewarasan akal.

Ketika Ibn Abbas masih kanak-kanak, Rasulullah s.a.w. bersolat dan memegang telinga atau kepala Ibn Abbas agar bersolat di tepi baginda. Kata Ibn ‘Abbas:



Rasulullah bangun bersolat malam. Aku berdiri di sebelah kiri baginda. Baginda memegang kepalaku lalu menjadikan aku berada di sebelah kanan baginda (Riwayat al-Bukhari). Dalam hadis Anas: “…Rasulullah berdiri untuk solat. Aku bersaf dengan seorang budak yatim di belakang baginda. Sementara wanita tua berada di belakang kami”. (Riwayat al-Bukhari). Adapun hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud yang menyatakan Rasulullah menjadikan saf lelaki dewasa di hadapan kanak-kanak, hadis itu daif dari segi sanadnya.

Kata al-Syeikh Nasir al-Din al-Albani:

“Adapun menjadikan saf kanak-kanak di belakang lelaki, aku tidak dapati melainkan hadis yang daif ini sahaja. Ia tidak dapat dijadikan hujah. Tidak mengapa kanak-kanak berdiri dalam saf sebelah lelaki dewasa jika saf masih luas. Solat anak yatim bersama Anas di belakang Rasulullah s.a.w. menjadi hujah dalam masalah ini. (Al-Albani, Tamam al-Minah, 284, Riyadh: Dar al-Rayah).

Artikel penuh: http://drmaza.com/arkib_utusan/?p=11
______________________________________________________________________________

INFORMASI

[1] Untuk memaca hukum hakam selanjutnya, anda boleh klik link di bawah:


[2] Anda semua boleh dapatkan kuliah Ustaz Fathul Bari berkenaan sunnah dan isu semasa berkaitan. Klik link di bawah:


LAMAN WEB RASMI KAMI: www.1manhajsalaf.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment