Monday, July 11, 2011

FACEBOOK dan KAUM PEREMPUAN.. adakah ini bahana??

Telah berkata IMAM GHAZALI RAHIMAHULLAH : Senantiasa kaum lelaki atas peredaran ZAMAN membuka wajahnya manakala perempuan pula keluar mereka dari rumah dalam keadaan MENUTUPI WAJAHNYA (Muntaqibat)..*Ihya Ulumiddin 2/53 dan dinukil daripada Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani dalam Fathul Bari 9/337.

Berkata Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani dalam FATHUL BARI 9/424 : Dan senantiasa adat bagi sekalian WANITA dahulu kala dan kini menutup WAJAHNYA daripada lelaki ajnabi (asing)..


Kemudian, sesungguhnya pada setiap intipati itu mengetahui kompleks kebaikan dan FITNAH pada sekalian PEREMPUAN adalah wajahnya, yang mana keinginan serta kebayangan setiap lelaki untuk mengenalinya,dan padanya diqiyaskan (disama ertikan) kecantikan bagi perempuan daripada tiadanya, maka oleh sebab itu menyebarkan gambar atas tiada tujuan -sebagaimana yang disebut- membuka jalan dan pintu fitnah untuknya dan dengannya.. Dan berpakaiannya serta menunjukkan wajahnya yang bergambar ketika itu menjadi harus untuk sekalian yang meminta serta menginginkan..(iaitu dalam keadaan pinangan)..

Keduanya,sungguh demikian itu pintu fitnah dan ketidakelokan para wanita dan mereka yang menatap wajahnya,, maka apakah sudah beberapa kali kita mendengar serta kita membaca tentang kisah yang sedemikian rupa yang penuh dengan penyeksaan dengan sebab tersebut,,maka apakah sudah berapa daripada perempuan yang menjaga kehormatannya akhirnyatermasuk jerat perangkap daripada mereka-meraka yang tidak takut pada ALLAH TAALA yang mana memberikan lafaz manis serta kata-kata yang penuh bermadu dan janji berpanjangan (yang tiada kesudahan),, sehinggakan jika tertunai hajat mereka maka terpautnya akan setiap rekrut,, maka tidak lama berbaki untuknya dengan demikian kecuali kekecewaan dan kesedihan hati serta penyesalan (kerugian), dan boleh jadi skandal untuk dunia dan akhirat,, moga kita semua dijauhi oleh ALLAH TAALA daripada perkara tersebut..

Dan apatah beberapa daripada sang pengkhianat bersuka ria dengan gambar yang sedemikian serta mengEDITkan gambar tersebut dengan media massa,,maka seandainya WAJAH-WAJAH PEREMPUAN YANG PENUH KEMULIAAN ini sekiranya diberikan kepada jasad-jasad yang pengkhianat ini dan dibeli dengan hawa nafsu murahan, maka pada ketika itu apa lagi gigitan jari penyesalan dengan perlakuan seteruk itu atas dirinya serta keluarganya, penyesalan untuk setiap masa..

Ketiga, apa yang kuteringat daripada sesungguhnya sebahagian para AKHAWAT yang berhijab (memakai niqab) berpandangan bahawa meletakkan gambar wajahnya itu dengan memakai hijab bukan larangan yang syar'ie,, dan sekiranya apa yang kamu wahai akhawat sekalian dengan maksud hijab dengan hijab syar'ie iaitu dengan menutupi wajah yang mana tiada kelihatan bersamanya muka perempuan,maka dengan demikian bukan larangan syar'ie khususnya ketika ia sangat diperlukan ketika dharurah...Akan tetapi apa yang kamu lakukan (dengan mempamerkan gambar-gambar kamu yang berniqab itu) tiada makna apa-apa kerana tiada manfaat untuk pelaku tersebut, apakah NILAI kamu meletakkan gambar yang hanya pakain hitam yang tiada menzahirkan apa-apa !!!

Dan adapun jika kamu bermaksud dengan menayangkan gambar perempuan yang mana terbuka wajahnya, walaupun ditutupi seluruh badannya, maka itu telah jelas atas kamu dengan kejahatan di mana telah cukup untuk dibagitahu larangan tersebut, hingga sekiranya tidak dinaqalkan dengan kewajipan menutup muka bagi perempuan,, maka bagaimana pula jika sekiranya perintah itu WAJIB ?? Sesunggunnya dosa yang melakukan perkara tersebut akan berlipat kali ganda dan bahayanya amat besar sekali,,di mana dengannya si perempuan tersebut telah MELANGGAR ADAT serta menyelisih perbuatan PEREMPUAN-PEREMPUAN MUSLIMIN pada zaman mereka (Zaman Salaf) sebagaimana firman Allah Taala :

وَإِذَا سَأَلْتُمُوهُنَّ مَتَاعًا فَاسْأَلُوهُنَّ مِنْ وَرَاءِ حِجَابٍ ذَلِكُمْ أَطْهَرُ لِقُلُوبِكُمْ وَقُلُوبِهِنَّ - سورة الأحزاب 53

{Dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta dari isteri-isteri Nabi maka mintalah kepada mereka dari sebalik tabir. Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka.}

juga firmannya:

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا
(ayat 59)- سورة الأحزاب

{Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.}

Terjemahan dan suntingan daripada poster di link di bawah
http://www.wathakker.net/flyers/view.php?id=1933
Oleh : Abu Urwah , Malaysia
Universiti Islam Madinah Munawwarah

*MOHON DISEBARKAN


 ______________________________________________________________________________

INFORMASI

[1] Untuk membaca hukum hakam selanjutnya, anda boleh klik link di bawah:
  • http://www.facebook.com/1manhajsalaf

[2] Anda semua boleh dapatkan kuliah Ustaz Fathul Bari berkenaan sunnah dan isu semasa berkaitan. Klik link di bawah:
  • http://www.facebook.com/ufbchannel?ref=ts

LAMAN WEB RASMI KAMI: www.1manhajsalaf.blogspot.com

http://www.scribd.com/doc/58361060/JAWI-mengiktiraf-Manhaj-Salaf

0 comments:

Post a Comment