Monday, June 27, 2011

Dato' Seri Najib adalah FIRAUN kah? Para pendemonstrasi adalah Nabi Musa dan Harun kah?

"AGAMA ITU ADALAH NASIHAT, kami berkata: Bagi siapa wahai Rasulullah! Baginda bersabda: Untuk Allah, kitabNya, RasulNya, PARA PEMIMPIN KAUM MUSLIMIN dan orang-orang awam". [HR Muslim]

Lihatlah dan ambillah contoh yang telah dicontohkan oleh Nabi Musa alaihissalam dalam menghagapi pemerintahan Firaun yang kejam dengan cara yang sebaik-baiknya sebagaimana tercatat di dalam firman Allah subhanahu waTaala:


"Pergilah kamu berdua menemui Firaun kerana ia adalah seorang Taghut. Berkatalah kamu berdua kepadanya dengan BAHASA YANG LEMAH LEMBUT mudah-mudahan dia boleh ingat dan takut". [Surah Taaha 20:44]

Menurut pentafsiran Imam al-Qurtubi rahimahullah tentang ayat di atas:

"Dengan yang demikian, ia menunjukkan perlunya menggunakan kata-kata yang lemah lembut kepada sesiapa yang berkuasa." [Kitab Tafsir al jami' li ahkamil quran, 11/199]

Antara sifat dan akhlak mulia orang-orang yang beriman dalam menghadapi berbagai-bagai masalah atau krisis, cara penyelsaiannya telah digambarkan di dalam beberapa hadis:

'Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam". [HR Bukhari]

Nas-nas dari al-Quran dan hadis di atas merupakan pendidikan, hiasan diri dan petanda akhlak mulia bagi seorang mumin. Mereka yang berdemonstrasi untuk merubah sesuatu kemungkaran kebiasaannya tidak akan menyambut dan memenuhi kehendak hadis-hadis dan ayat-ayat yang mulia di atas ini tetapi sebaliknya, sedangkan segala hads dan hujah yang berlaku mengandungi seruan Allah subhanahu waTaala dan RasulNya sallallahu alaihi wasallam agar orang-orang yang beriman sentiasa berkata-kata dengan perkataan yang baik, lemah lembut dan berhemah menghadapi segala kesulitan atau krisis, kerana cara-ara tersebut merupakan adab susila kesopanan, kesantunan, berbudi bahasa atau akhlak kepada sekalian manusia, tidak kira apa pangkatnya, darjat, martabat dan kedudukannya. Firman Allah:

"Ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia". [al-Baqarah 2:83]

*Mari kita renungi. Adakah Pemimpin Negara kita sekejam Firaun yang digelar seorang taghut?! Lalu, bagaimana pula dengan anda (para pendemonstrasi). Adakah anda lebih baik dari Nabi Musa dan Harun?! Apakah anda tidak melihat bagaimana Allah memerintahkan NABInya agar berjumpa dengan musuhNya dengan cara yang baik?! Jika Nabi sendiri berjumpa dengan musuh Allah dengan cara yang baik, bagaimana pula kita terhadap pemimpin Muslim kita?! Ketahuilah, Nabi Musa pergi berjumpa Firaun hanya dengan Nabi Harun sebagai temannya, tetapi Nabi Musa tidak memerintahkan agar seluruh Bani Israil ketika itu pergi beramai-ramai berdemonstrasi di hadapan istana Firaun! Kembalilah kepada Islam yang asal dengan mengikut al-Quran dan al-Hadis. Ketahuilah bahawa hanya petunjuk wahyu sahaja yang boleh menyelamatkan keadaan.

*Sekali lagi kami memperingatkan bahawa kami sendiri menyedari hakikat pemimpin negara kita yang tidak Islamik dan lebih ke arah sekular. Kami masih belum buta, kami masih belum pekak. Kami faham situasi yang berlaku. Akibat pemimpin yang tidak begitu Islamik, kami juga terkena tempiasnya. Tetapi, kami sama sekali tidak bertindak dengan mengikut hawa nafsu dan akal semata-mata. Bahkan, kami bertindak mengikut wahyu al-Quran dan al-Hadis!
 ______________________________________________________________________________

INFORMASI

[1] Untuk membaca hukum hakam selanjutnya, anda boleh klik link di bawah:

[2] Anda semua boleh dapatkan kuliah Ustaz Fathul Bari berkenaan sunnah dan isu semasa berkaitan. Klik link di bawah:

LAMAN WEB RASMI KAMI: www.1manhajsalaf.blogspot.com

http://www.scribd.com/doc/58361060/JAWI-mengiktiraf-Manhaj-Salaf

0 comments:

Post a Comment