Sistem Pewarisan Takhta di sisi Manhaj Salafi
Jika pemerintah mewariskan penggantinya kepada kaum kerabatnya; berkata 'Allamah Siddiq Hasan Khan rh [w.1307 H]:
"dan tidak ditohmah akan Imam berkenaan urusan ini walaupun dia menyerahkan jawatan kepada ayah atau anaknya kerana dia (imam) dipercayai semasa hidupnya dalam menjaga urusan mereka (kaum muslimin) maka lebih utamah untuk tidak disangsikan padanya selepas kematiannya…"
Kata beliau juga:
"lebih-lebih lagi jika apa yang dia lakukan itu adalah kerana maslahah atau mengelak berlakunya mafsadah maka ternafilah sama sekali daripadanya sangkaan buruk seperti yang berlaku dalam tindakan Muawiyah ra menyerahkan kepimpinan kepada anaknya Yazid .."
[Iklil al-Karamah, m.s 18-19]
Maka harus bagi Imam mengkhususkan jawatan pemerintahan kepada kerabat tertentu atau kepada kelompok tertentu jika memerlukannya dan mengelak mafsadah seperti yang berlaku di zaman Muawiyah ra di mana Bani Umayyah
merupakan tunjang kaum muslimin ketika itu dan mereka adalah tentera-tentera Islam dan mereka tidak dapat menerima pemimpin selain daripada mereka.
Rampasan Kuasa
Islam melarang keras tindakan memberontak dan membangkang pemimpin muslim dan tindakan memberontak kepada pemerintah muslim amat-amat keji di sisi Syariat Islam yang akan kita bentangkan dalil-dalilnya nanti –isnya ALLAH-.
Namun, jika berlaku rampasan kuasa dan Imam yang sedia ada dikalahkan lalu pemberontak menguasai kerajaan dan stabil kekuasaan di tangannya maka SAH lah dia sebagai Imam yang baharu serta wajib memberikan baiah kepadanya.
Kata Imam Ahmad rh [w.241 H]:
"Barangsiapa yang berjaya menguasai mereka –yakni para pemerintah- dengan pedang sehingga menjadi Khalifah dan dinamakan Amirul Mukminin; maka tidak halal bagi sesiapa pun yang beriman dengan ALLAH dan hari akhirat untuk bermalam sedangkan dia tidak beriktiqad dia (si pemberontak) sebagai Imam (yang baharu); sama ada dia seorang yang baik atau fasiq"
[Mu'amalatul Hukkam, ms 25]
Kata Imam al-Syafii rh [w.204 H]:
Maksudnya: "sesiapa sahaja yang menguasai Khilafah dengan pedang sehingga dinamakan Khalifah dan manusia telah bersepakat atasnya maka dialah Khalifah". [rujuk: Mu'amalatul Hukkam, m.s 27].
Hukum ini terbina atas apa yang telah lalu penjelasannya bahawa 'dabit' seseorang itu menjadi Imam adalah: "Stabil padanya kekuatan dan kekuasaan", seperti yang dijelaskan Syeikhul Islam dalam Minhaj al-Sunnah.
Para Ulama Salaf telah ijmak akan sah pemerintah yang berjaya mengalahkan pemerintah sebelumnya semasa peristiwa rampasan kuasa yang dilakukan oleh Abdul Malik bin Marwan rh yang berjaya mengalahkan Abdullah bin al-Zubair ra.
Demikian juga kerajaan-kerajaan Islam selepas itu ditegakkan dengan rampasan kuasa seperti kerajaan Bani Abbas yang merampas kuasa dari Bani Umayyah dan Daulah 'Aliyyah merampas kuasa dari Bani 'Abbas namun tiada para Ulama yang menyatakan pemerintahan mereka tidak sah.
http://www.mediafire.com/?azn6mmzjpzrx4dh
Oleh: Muhammad Asri Sobrie
______________________________________________________________________________
INFORMASI
[1] Untuk membaca hukum hakam selanjutnya, anda boleh klik link di bawah:
[2] Anda semua boleh dapatkan kuliah Ustaz Fathul Bari berkenaan sunnah dan isu semasa berkaitan. Klik link di bawah:
LAMAN WEB RASMI KAMI: www.1manhajsalaf.blogspot.com
http://www.scribd.com/doc/58361060/JAWI-mengiktiraf-Manhaj-Salaf

0 comments:
Post a Comment