Wednesday, June 8, 2011

Berusaha menghilangkan cat / kotoran pada anggota ketika berwudhuk. Bagaimana?

Soalan: Jika seseorang itu mendapati sesuatu seperti cat atau kekotoran pada tangannya atau anggotanya yang lain ketika sedang berwudhuk, lalu dia berusaha membuangnya, adakah itu menganggu tertib wudhuknya dan dia perlu mengulanginya semula?.

Jawapan: Menurut pendapat yang paling baik, hal itu tidak menganggu tertib wudhuknya, walaupun anggota yang telah berwudhuk itu telah kering dari air, kerana dia tertangguh oleh sesuatu yang berkaitan dengan taharah.


Begitu juga, wudhuknya tidak terganggu jika dia beralih dari satu paip yang lain untuk mendapatkan air, dan sebagainya.

Tetapi jika dia diganggu oleh sesuatu yang tiada kaitan langsung dengan wudhuknya, seperti membuang kekotoran dari pakaiannya, atau makan dan minum dan seterusnya, dan anggota tubuhnya yang telah dibasuh semasa wudhuk tadi telah kering, maka dia haruslah mengulangi wudhuknya semula.

(Fatwa Ibnu Uthaimin, 4/145-146)
 ______________________________________________________________________________

INFORMASI

[1] Untuk memaca hukum hakam selanjutnya, anda boleh klik link di bawah:


[2] Anda semua boleh dapatkan kuliah Ustaz Fathul Bari berkenaan sunnah dan isu semasa berkaitan. Klik link di bawah:


LAMAN WEB RASMI KAMI: www.1manhajsalaf.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment