Soalan: Jika seseorang terkentut ketika solat berjamaah, maka apakah yang harus dilakukannya dalam stiuasi yang memalukan itu?
Jawapan: Hendaklah dia meletakkan tangannya ke hidungnya, lalu keluar dari jamaah. Dalil ke atas hal ini ialah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a, katanya;
Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda:
"Apabila salah seorang di antara kamu yang terkentut semasa solat, dia perlu memicit hidungnya dan keluar." (Bukhari, Fathul Bari, 2/390)
Al-Teebi berkata:
"Perintah memicit hidung itu adalah supaya kelihatan seolah-olah ia sedang berdarah. Ini bukanlah suatu penipuan, tetapi suatu bentuk tindakan yang dibenarkan supaya syaitan tidak dapat menyakinkan seseorang dalam situasi ini supaya tidak keluar kerana merasa sangat malu kepada orang lain." (Mirqat al-Mafatih Sharh Misykat al-Masabih, 3/18)
Ini adalah suatu contoh mengenai kepura-puraan yang dibenarkan dan disokong, bertujuan untuk mengelak rasa malu, sesiapa yang melihat dia keluar dalam keadaan begini tentu akan menyangka bahawa dia mengamali pendarahan di hidung. Satu lagi kebaikan mengenai nasihat Rasulullah SAW ini adalah ianya akan menghentikan bisikan tipu daya syaitan yang menyebabkan seseorang enggan menghentikan solat walaupun dia telah terkentut, dan perbuatan ini tidak disukai Allah. Bagaimana seseorang itu masih berada di tempat solat sedangkan Rasulullah SAW sudah perintahkan untuk keluar (dari solat)?.
Dalam hal ini dia dibenarkan sama ada untuk melalui saf-saf atau dia berjalan ke bahagian tepi masjid untuk keluar dari situ, supaya dia boleh pergi mengambil wudhuk sekali lagi, kemudian kembali dan menyertai solat semula.
______________________________________________________________________________
INFORMASI
[1] Untuk memaca hukum hakam selanjutnya, anda boleh klik link di bawah:
[2] Anda semua boleh dapatkan kuliah Ustaz Fathul Bari berkenaan sunnah dan isu semasa berkaitan. Klik link di bawah:
LAMAN WEB RASMI KAMI: www.1manhajsalaf.blogspot.com

0 comments:
Post a Comment