Thursday, May 5, 2011

Hukum Becakap Ketika Khutbah Jumaat.

Seringkali kita lihat di masjid-masjid apabila Imam sedang berkhutbah akan ada jamaah,tanpa mengenal umur,bercakap-cakap sesama mereka.Bahkan dalam kalangan rakan-rakan penulis,ada juga yang berbicara dengan penulis ketika khutbah,pada sangkaan baik penulis,kesemua mereka ini tidak tahu atau mungkin juga terlupa mengenai hukum berbicara ketika khutbah,maka mudah-mudahan catatan ringkas ini menjadi panduan serta peringatan untuk diri penulis dan umat Islam 'amnya  mengenai hukum berbicara ketika Imam sedang berkhutbah.

Pertamanya marilah meneliti hadith berkaitan khutbah Jumaat:


Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Jika kamu berkata kepada temanmu pada hari jumat, “Diamlah,” sementara imam sedang memberikan khutbah, maka sungguh kamu sudah berbuat sia-sia.” (HR. Al-Bukhari no. 414 dan Muslim no. 851)

Sedangkan menegur orang lain dengan tujuan untuk menyuruh mereka diam itupun sudah dianggap sia-sia atau 'lagha',apatah lagi dengan perbuatan-perbuatan lain.Dan dapat difahami tujuan larangan Rasulullah  itu dengan hadith dibawah ini:

Dari Abdullah bin Busr radhiallahu anhu dia berkata:

“Ada seorang laki-laki mendatangi Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam yang sedang berkhutbah di hadapan manusia pada hari jumat. Maka beliau bersabda kepadanya, “Duduklah. Sungguh, kamu telah mengganggu dan membuat orang lain terlambat.” (HR. Ahmad no. 17014 dan dinyatakan shahih oleh Al-Albani dalam Shahih Al-Jami’ no. 155)

Iaitulah supaya hadirin dapat memberikan sepenuh perhatian kepada khutbah.Hal ini diperjelaskan lagi dengan sepotong hadith:

Dari Abu Darda' Radhiyallahu 'Anhu dia berkata:"Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam sedang berkhutbah kepada manusia,kemudian bagnda membacakan sepotong ayat.Ketika itu aku berada di samping Ubayy bin Kaab,maka bertanyakan kepadanya:"Wahai Ubayy,bilakah ayat ini diturunkan?"Akan tetapi dia enggan berbicara denganku,maka aku mengulangi pertanyaanku dan dia masih enggan berbicara denganku,sehinggalah Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam turun (dari mimbar).Kemudian Ubay mengatakan kepadaku: Engkau tidak memperoleh apa-apapun dari (solat) Juma'atmu melainkan perkataan-perkataan yang sia-sia.Selepas solat,aku menemui Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam dan mengadukan kepadanya tentang peristiwa tadi.lantas Baginda bersabda: Ubayy benar,apabila engkau mendengar imam berkhutbah maka dengarlah dan diamlah sehingga habis dia khutbahnya" (HR Ahmad no 20780,Ibn Majah no 1111)

Maka telah jelaslah kepada kita akan haramnya hukum berkata-kata ketika khutbah.Mudah-mudahan kita berusaha untuk mematuhi larangan Rasulullah ini,meskipun disana terdapat pendapat di sisi mazhab As-Syafi'iy,mendengar khutbah hanyalah sunat hukumnya,tetapi mengikuti perintah Rasulullah adalah lebih dekat dengan kebenaran dan kecintaan Allah. Firman Allah:

"Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Ali 'Imran,ayat 31)

Wallahu 'Alam

Maka sama-samalah kita saling ingat mempringatkan kawan-kawan kita mengenai perkara ini.Mudah-mudahan bermanfaat.

Oleh: Saudara Faeez Harith
______________________________________________________________________________

INFORMASI

[1] Untuk memaca hukum hakam selanjutnya, anda boleh klik link di bawah:


[2] Anda semua boleh dapatkan kuliah Ustaz Fathul Bari berkenaan sunnah dan isu semasa berkaitan. Klik link di bawah:


LAMAN WEB RASMI KAMI: www.1manhajsalaf.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment