Kesemua ibadah itu tidak dapat dinamakan amalan soleh melainkan bila ianya menepati dua syarat:
Kami ingin peringatkan kepada mereka yang terpesona dengan bid'ah, di mana maksud mereka daripada perbuatan bid'ah itu hasanah dan mengharapkan kebaikan. Demi Allah! Sekiranya saudara semua mengharapkan kebaikan, maka carilah kebaikan itu sebagaimana yang ditunjukkan oleh kalangan salaf as-salih ra.
Saudara-saudara!. Berpegang teguhlah dengan sunnnah Rasulullah saw dan gigitlah ia dengan geraham kuat-kuat. Ikutilah jalan para salaf as-salih dan jadilah golongan yang mengikut jejak mereka. Perhatikanlah! Apakah itu semua akan memudaratkan kamu?.
Kami ingin tegaskan sekali lagi - Kami berlindung dengan Allah daripada memperkatakan sesuatu tanpa ilmu - Bahawa kami akan dapati kebanyakan mereka yang begitu memelihara perbuatan bid'ah, maka mereka mudah lemah melaksanakan perkara yang jelas thabit menurut syara' dan jelas thabit sunnahnya. Apabila mereka meninggalkan bid'ah, maka mereka menerima amalan sunnah yang jelas itu dengan perasaan lemah dan tidak bersemangat. Ini semua merupakan kesan bahaya bid'ah ke atas hati. Bahaya bid'ah ke atas hati itu amatlah dahsyat. Demikian juga bahaya bid'ah itu ke atas agama juga adalah besar. Tiadalah sesuatu kaum yang melakukan bid'ah di dalam agama Allah melainkan mereka akan mengabaikan sunnah serupa itu juga atau lebih dahsyat lagi. Sebagaimana yang disebutkan oleh Ahl al-'Ilm daripada kalangan salaf.
Akan tetapi apabila seseorang itu menyedari bahawa dia adalah tabi' bukannya musharri', maka dengan sendiri dia akan menjadi seorang yang tunduk patuh sepenuhnya menyerahkan ibadah dan ketaatannya kepada Rabb al-'Alamin dan mengikut sepenuhnya Imam al-Muttaqin, Sayyid al-Mursalin dan Rasul Rabb al-'Alamin Muhammad saw.
Kami ingin sampaikan nasihat kepada sekalian kaum Muslimin saudara kami yang telah terpesona dengan bid'ah, sama ada yang berkaitan dengan Zat Allah, Nama Allah atau Sifat Allah serta segala sesuatu yang berhubung dengan Rasulullah saw dan mengangungkannya, agar mereka bertaqwa kepada Allah dan berlaku adil tentang yang demikian. Hendaklah mereka jadikan amalan mereka itu dibina di atas asas al-ittiba' bukannya ibtida', hendaklah dilakukannya dengan ikhlas bukannya bercampur dengan syirik, hendaklah dilakukannya menurut sunnah dan menjauhinya daripada amalan bid'ah, hendaklah dilakukan amalan yang dikasihi oleh al-Rahman bukannya amalan yang disukai oleh syaitan.Ingatlah! Bahawa hati itu akan merasa selamat, hidup tenang, selesa dan memperolehi cahaya yang terang benderang berkat mengamalkan sunnah Rasulullah saw.
[Oleh Syekh Salih ibn Fawzan ibn 'Abdullah al-Fawzan. al -Irshad Ila Sahih al-I'tiqad wa al-Raad 'Ala Ahli al-Shirk wa al-Ilhad.]
______________________________________________________________________________
INFORMASI
[1] Untuk memaca hukum hakam selanjutnya, anda boleh klik link di bawah:
[2] Anda semua boleh dapatkan kuliah Ustaz Fathul Bari berkenaan sunnah dan isu semasa berkaitan. Klik link di bawah:
LAMAN WEB RASMI KAMI: www.1manhajsalaf.blogspot.com
1. Ikhlas, danSesuatu amalan itu tidak akan menepati pengertian mutaba'ah melainkan bila ia menepati enam perkara yang telah kami sebutkan. [Rujuk buku Bid'ah: Konsep dan Pengertiannya]
2. Mutaba'ah

1 comments:
Salam. Salaf dan Khalaf adalah benar kedua-duanya dlm mengikuti jalanan Nabi saw. Kecuali ada setengah golongan yg mendakwa 'salaf' pada zaman ini, hakikatnya mereka itu menyalahi jalanan Nabi saw. Antara sifat mereka adalah gemar menggelar dan menghukum orang lain dengan ahli bid'ah. Sunnah Nabi saw mengajarkan kita berlemah-lembut sesama muslimin dan saling nasihat menasihati. Mudahan kita dipelihara Allah swt daripada golongan 'pengaku salaf' ini.
Post a Comment