Saturday, April 23, 2011

Penerangan Tentang Sifat Allah 'Ketawa'.

Penerangan Tentang Sifat Allah 'Ketawa'.
by Manhaj Salaf on Saturday, April 23, 2011 at 4:08pm
Ahli Sunnah wal-Jamaah yang berpegang dengan manhaj Salaf as-Soleh, mereka sekalian menyakini tanpa melakukan takwil, tahrif, ta'til dan takyif bahawa Allah subhanahu wataala memiliki sifat yang paling sempurna yang tidak menyerupai sifat segala makhluk-Nya.

Antara sifat Allah subhanahu wataala ialah ketawa yang layak dan sesuai dengan kebesaran dan keagungan-Nya tanpa ditanya bagaimana dan kenapa.



Penjelasan dan pemahaman akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah terutama yang bermanhaj Salaf as-Soleh tentang "Allah subhanahu wa-Ta'ala ketawa" berdasarkan sabda Rasulullah swt wasallam :

"Telah bersabda Rasulullah SAW: malam tadi Allah ketawa atau kagum dengan tindakan kamu berdua".
[Lihat: HR Bukhari (as-Sahih dan Adam al-Mufrad) no. 3798 kitab Manaqib al-ansar tentang firman Allah "Dan mereka mengutamakan atas diri mereka sendiri". Dan al-Baihaqi (as-Sunan al-Kubra).
1. Berkata Ibnu Abi Khuzaimah rhm di dalam kitabnya:

"Penentuan (penetapan atau pengisbatan) sifat ad-Dahik (ketawa) bagi Allah dilakukan tanpa sifat yang mensifati Ketawa Tuhan yang Maha Mulia dan tidak pula menyerupakan Ketawa-Nya dengan ketawa makhluk-makhluk-Nya. Akan tetapi kami beriman bahawa Tuhan Ketawa sebagaimana Nabi telah memberitahukan hal itu. Kami berdiam (tidak memberikan takwil) mengenai sifat Ketawa-Nya yang Maha Mulia dan Maha Tinggi, kerana Allah yang Maha Mulia dan Maha Tinggi telah menetapkan sifat Ketawa-Nya dan tidak menerangkan kepada Kami tentangnya. Kami akan mengatakan dengan apa yang dikatakan oleh Nabi dan membenarkan hal itu dengan hati kami dan kami akan diam atas apa yang belum dijelaskan oleh Allah tentang sifat-Nya dari Ilmu-Nya.

[Lihat: at-Tauhid, (2/563). Ibnu Abi Khuzaimah.]

Dengan penjelasan dari Ibnu Abi Khuzaimah ini, terbukti bahawa pendirian, pegangan dan iktikad Ahli Sunnah wal-Jamaah yang bermanhaj Salaf as-Soleh, mereka tidak mentakwil sifat Ketawa bagi Allah rhm, malah mereka hanya mentafwidh (menyerahkan) dan mengithbatkan/menetapkan sifat tersebut sebagaimana yang diisbatkan (ditetapkan) oleh Allah SWT di dalam al-Quran dan Rasul-Nya SAW di dalam hadis-hadisnya yang sahih.

Kekeliruan pendapat dan kesilapan iktikad ahli bid'ah tentang sifat "Allah ketawa":

Ahli Bid'ah terutamanya dari kalangan Asy'ariyah yang mengambil prinsip pegangan dari firqah Muktazilah, mereka mendakwa bahawa Imam al-Bukhari rhm telah mentakwil (mentafsirkan) sifat Allah Ketawa kepada "ar-Rahmah" (bersifat rahmat atau kasih sayang bukan ketawa) yang juga bermaksud "Reda".

Kenyataan sebagaimana di atas ini telah ditolak dan disangkal oleh Ibnu Hajar al-Asqalani rhm yang mensyarahkan hadis tersebut (hadis riwayat imam al-Bukhari).

2. Penafsiran Ibnu Hajar al-Asqalani rhm telah dijelaskan melalui pendirian beliau, iaitu:

"Berkata Abu Abdullah (Imam al-Bukhari):

"Makna Ketawa di sini ialah Rahmah".

Tetapi saya (Ibnu Hajar al-Asqalani) berkata:

"Tidak pernah ditemui dalam mana-mana naskah yang ada pada kami (perkataan seperti itu) dari al-Bukhari".

[Lihat: Fathul Bari, jil. 8 hlm. 632. Kitab Tafsir, bab firman Allah: "Dan mereka mengutamakan atas diri mereka sendiri" (Hasyr, 59:09).]

Hakikat yang sebenar, sehingga sekarang tidak pernah ditemui walau seorang pun dari para Kibarul Ulama Salaf as-Soleh mentakwilkan (mentafsirkan) kalimah ketawa kepada "rahmah" atau "reda".

Kalimah "rahmah" dan "reda" adalah dua sifat yang setiapnya memiliki makna yang berbeza, malah mempunyai makna dan pengertian yang tersendiri. Tidak akan dapat disatukan dua sifat Allah SWT yang berbeza dan berlainan makna pada-Nya lantaran setiap satu memiliki makna dan maksud yang tersendiri.
3. Pendapat Imam al-Baihaqi rhm perlu dinilai:

Imam al-Baihaqi rhm pernah dikatakan bahawa beliau telah mentakwil dan menyebut bahawa: "Ad-Dahik (ketawa) ialah ar-Rahmah".

[Lihat: Al-Asma was-Sifat hlm. 458. Tahqiq al-Kauthari. Dar-Ihya al-Turath al-Arabi, Bairut. Hlm. 298 dan 470.]

Imam al-Baihaqi menasabkan pendapatnya kepada Imam al-Bukhari, namun beliau tidak mengemukakan dan tidak membawa sanadnya terhadap riwayat dari Imam al-Bukhari ini, maka kenyataan al-Baihaqi ditolak oleh jumhur Ulama hadis dan para Ulama Salaf as-Soleh.

Penasaban kepada imam al-Baihaqi atau imam al-Bukhari tidak boleh dijadikan hujah dan tidak dapat dipertanggungjawabkan kerana adanya kekurangan pada sanadnya. Wallahualam

Dinukil dari: Sifat-Sifat Alah Yang Diingkari Oleh Ahli Bid'ah [Ustaz Rasul bin Dahri]
______________________________________________________________________________
INFORMASI
[1] Untuk memaca hukum hakam selanjutnya, anda boleh klik link di bawah:
[2] Anda semua boleh dapatkan kuliah Ustaz Fathul Bari berkenaan sunnah dan isu semasa berkaitan. Klik link di bawah:
LAMAN WEB RASMI KAMI: www.1manhajsalaf.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment