Wednesday, April 27, 2011

Bolehkah 'bermuamalah' dengan Syiah Rafidhah?

Soalan: Bagaimanakah sikap kita terhadap ahli bid'ah seperti terhadap Rafidhah (Syiah)? Apakah kita perlu mengajak mereka kepada sunnah, dan bagaimana kita bermuamalah dengan mereka, kerana ada seorang Rafidhah yang satu pekerjaan dengan kami?

Jawaban: Berdakwah ke jalan Allah adalah keniscayaan, siapa tahu itu akan bermanfaat bagi mereka lalu mereka bertaubat, atau paling tidak, kita telah menyampaikan hujjah atas mereka. Dakwah ke jalan Allah adalah keniscayaan, baik terhadap mereka (Rafidhah) atau selain mereka. Adapun dalam hal pekerjaan, jika anda tidak tunduk kepadanya, dan dia tidak dalam pihak yang mengendalikan anda, namun anda hanya berada di bawah urusan administrasi kerja yang benar atau dibawah kepemimpinan kerja yang profesional, bekerja seperti anda juga, maka memang tidak diragukan lagi bahawa bekerja dengan teman yang sesama Ahlus Sunnah atau Ahlul Khair adalah lebih baik. Akan tetapi jika anda berada dalam pekerjaan, atau lingkungan atau kantor, sedangkan dia tidak mempunyai hak kendali atas anda dan tidak pula hak kepemimpinan serta kebijakan administrasi sama sekali, maka hal itu tidak ada masalah, namun dengan satu syarat: Anda harus tetap berpegang teguh kepada sunnah dan menjaga solat, dan anda tidak perlu peduli kepadanya, tidak bergaul akrab dan tidak dekat dengannya, dan anggap sahaja bahawa dia itu tidak ada.


[Zhahirat at-Tabdi' wa at-Tafsiq wa at-Takfir wa Dhawabithuha, hal. 41, Syekh Ibn Fauzan]
______________________________________________________________________________

INFORMASI

[1] Untuk memaca hukum hakam selanjutnya, anda boleh klik link di bawah:


[2] Anda semua boleh dapatkan kuliah Ustaz Fathul Bari berkenaan sunnah dan isu semasa berkaitan. Klik link di bawah:


LAMAN WEB RASMI KAMI: www.1manhajsalaf.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment