Soalan: Adakah sah solat berjemaah di belakang (imam) seorang ahli bid'ah, seorang fajir (pelaku maksiat) dan berjamaah di belakang (imam) orang musbil (melabuhkan) kainnya hingga menutup mata kaki?.
Jawapan: (ana ringkaskan secara poin)
1) Sah solat di belakang orang musbil, orang yang melakukan maksiat dan pelaku bid'ah, selagi bid'ahnya bukan bid'ah mukaffirah yang dapat menyebabkan kafir pelakunya seperti golongan Jahmiyah yang menolat sifat Allah.
[Kitab ad-Da'wah, 1/113, Syekh Ibn Baz]
2) Imam Abu Ja'far at-Thahawi di dalam kitab Aqidahnya mengatakan: "Kami memandang, Solat jemaah harus ditegakkan, baik di belakang imam yang baik (soleh) mahupun pelaku maksiat dari ahlul qiblah (orang Muslim), dan juga mensolatkan jenazah orang yang meninggal di antara mereka". [Hadis dikeluarkan oleh ad-Daruquthni]
3) Tidak perlu mengulangi solat sekalipun solat dibelakang imam yang fajir (pelaku maksiat) kerana Abdullah bin Umar dan Anas bin Malik ra juga solat di belakang al-Hajjaj ibn Yusuf ats-Tsaqafi. Padahal al-Hajjaj seorang zalim dan fasik. Begitu juga Abdullah bin Mas'ud ra yang solat di belakang al-Walid bin Uqbah bin Abi Mu'ith, seorang peminum khamr (arak).
4) Bukan merupakan syarat seseorang yang bermakmun harus mengetahui i'tiqad orang yang menjadi imam, dan tidak diharuskan menguji imam tersebut, mislanya dengan bertanya: "Bagaimanakah akidah anda?"
5) Orang yang fasik dan juga mubtadi' solatnya adalah sah, dan solatnya tidak akan batal.
[Majmu' Fatawa, hlm. 843, Syekh Ibn Baz]
6) Pendapat yang lebih kuat (rajih) adalah bahawa solat di belakang ahli bid'ah ini adalah boleh, kecuali jika dengan meninggalkannya terdapat maslahat, seperti menjadikan dia jera dari kefasikannya, maka yang lebih utama adalah tidak solat di belakang mereka.
[Fatwa Islamiyah, 1/294, Syekh Ibn Utsaimin]
______________________________________________________________________________
INFORMASI
[1] Untuk memaca hukum hakam selanjutnya, anda boleh klik link di bawah:
[2] Anda semua boleh dapatkan kuliah Ustaz Fathul Bari berkenaan sunnah dan isu semasa berkaitan. Klik link di bawah:
LAMAN WEB RASMI KAMI: www.1manhajsalaf.blogspot.com

0 comments:
Post a Comment