Wednesday, July 14, 2010

Tidak ada langsung kebaikan yang dilakukan Hajjaj???

Pertama sekali, perlu dijelaskan bahawa tujuan menjawab penulisan buku Abdul Latip Talib ini bukanlah untuk menghina, merendahkan atau memburukkannya. Sebaliknya, untuk menjelaskan atau menjawab beberapa fakta yang tidak benar tentang sejarah yang terdapat di dalam buku tersebut. Kami yakin, bahawa mungkin Abdul Latip Talib terlepas pandang atau kurang cermat dalam mengambil sumber rujukan yang tidak disemak dengan teliti. Apapun, kami mendoakan supaya Abdul Latip Talib dapat terus menulis buku-buku yang memberi manfaat kepada dunia Islam, khususnya kepada remaja.

Di dalam buku "Imam Hanafi (Pendebat kebenaran)". Terdapat beberapa kisah atau bab yang menyentuh soal keperibadian al-Hajjaj ibn yusuf al-Thaqafi. Keperibadian beliau seolah-oleh begitu zalim, angkuh dan tidak berperikemanusiaan. Bahkan tidak ada langsung kebaikan yang dilakukan, hanya sekadar dialog antara utusan Hajjaj iaitu Uzair yang menemui penduduk Anbar untuk mengadakan perdamaian (lihat halaman: 46). Tetapi, itupun dikatakan hanya sebuah muslihat Hajjaj dan Uzair untuk memperbodohkan penduduk Anbar. Sebagai bukti, kata Hajjaj terhadap Uzair; ''Mereka akhirnya terpedaya dengan tipu muslihat kita." kata al-Hajjaj sambil ketawa.(lihat halaman:51)

Kebaikan al-Hajjaj

Antara kebaikan yang disebut-disebut ada pada diri al-Hajjaj di dalam Mu'jam al-Buldan ialah suatu ketika keburukan al-Hajjaj telah disebut orang di dalam majlis Abd al-Rahman al-Thaqafi, lantas Abd al-Rahman naik radang seraya berkata:

"Anda semua hanya menyebut keburukan-keburukan al-Hajja, tidakkah anda semua tahu yang al-Hajjaj itu:

1) Orang pertama yang menempa wang dirham dengan menaruh padanya ungkapan kalimah syahadat.

2) Orang pertama yang membina bandar sahabat di dalam Islam

3) Orang pertama yang menggunakan usungan

4) Seorang wanita Islam ditahan di India, lantas ia berseru Wa hajjajah (wahai al-Hajjaj) dan berita penawanan wanita tersebut sampai kepengetahuan al-Hajjaj, lalu al-Hajjaj menyahut: Ya saya datang...Beliau memperuntukkan sebanyak 7 juta dirham untuk membebaskan wanita terlibat dan berjaya membebaskannya setelah membayar wang tebusan tersebut.

5) Beliau telah mendirikan tempat untuk meninjau aktiviti untuk penduduk Qazwin. Apabila penduduk Qazwin melakukan perasapan, tempat tersebut turut berasap di waktu siang hari. Jika malam hari, mereka menyalakan api yang boleh menjadi panduan kepada
kuda-kuda.


Sumber:

1) Kesalahan-kesalahan terhadap fakta-fakta Sejarah yang perlu diperbetulkan semula; Professor doktor Ibrahim Ali Sya'wat

2) Mu'jam al-Buldan, Yaqut al-Hamawi, jil8, hlm. 381.

3) Ibn Khalikan, Wafayat, jil 1, hlm. 231-242, cetakan Maktabah al-Nahdah Wa Muruj al-Dhahab, jil.2, hlm.94

4) al-Bidayah Wa al-Nihayah, jil 9, hlm. 118

5) Syazarat al-Dhahab oleh al-Imadi, jil 1, hlm. 107. dan Aqd al-Jaman, jil. 11, hlm. 401

0 comments:

Post a Comment