Wednesday, July 14, 2010

Dialog seorang Yahudi dengan Saidina Ali (halaman 238)

Pertama sekali, perlu dijelaskan bahawa tujuan menjawab penulisan buku Abdul Latip Talib ini bukanlah untuk menghina, merendahkan atau memburukkannya. Sebaliknya, untuk menjelaskan atau menjawab beberapa fakta yang tidak benar tentang sejarah yang terdapat di dalam buku tersebut. Kami yakin, bahawa mungkin Abdul Latip Talib terlepas pandang atau kurang cermat dalam mengambil sumber rujukan yang tidak disemak dengan teliti. Apapun, kami mendoakan supaya Abdul Latip Talib dapat terus menulis buku-buku yang memberi manfaat kepada dunia Islam, khususnya kepada remaja.

Peristiwa seorang yahudi yang bertemu Saidina Ali lalu bertanyakan pelbagai soalan, antara soalannya pada halaman 238 ialah;


"Wahai Ali, di manakah Tuhan itu berada?" tanya lelaki Yahudi itu lagi.

"TUHAN ITU TIDAK BERTEMPAT," jawab Ali.

Penerangan:

Riwayat Ali r.a yg selalu dirujuk ialah "كانَ اللهُ ولا مكانَ، وهوَ الآنَ على ما عليهِ كانَ."

Seperti yg pernah disebut, ia dikeluarkan oleh Abu Mansur Qahir al-Baghdadi (429h) "TANPA SANAD" Tak boleh dijadikan hujah.


Rujuk kitab beliau:

الفرق بين الفرق ص / 333


Penjelasan tentang
"Allah wujud tanpa tempat". Sila klik link di bawah:

http://abuhasanchan.blogspot.com/2010/05/allah-wujud-tanpa-tempat_06.html

*Akan diUPDATE

1 comments:

y.mercury said...

sheikh, saya tak jumpa pun dlm kitab tersebut kenyataan Ali radhiyallahu 'anhu yg macam tu. boleh tolong sertakan teks arabnya bagi memudahkan pencarian?

yg ada yg sy jumpa yg berkait ialah dari hisham bin al-hakam, dari kalangan ghulat syiah.

Post a Comment