Monday, August 29, 2011

Hadis-hadis yang berkaitan dengan menghidupkan malam 'Iedul Fitri

Setelah diteliti, banyak hadis-hadis yang lemah bahkan palsu yang disajikan sempena menjelangnya ‘Iedul Fitri ini. Mudah-mudahan risalah ini dapat menjelaskan kedudukan fadilat dan status hadis-hadis tersebut.

[Hadis pertama]

من أحيا ليلة الفطر و ليلة الأضحى ، لم يمت قلبه يوم تموت القلوب

Barangsiapa yang menghidupkan Lailatul (malam) Fitri & Adha, maka hatinya tidak akan mati pada hari dimatikan hati-hati. (Maudhu’ (palsu): diriwayatkan oleh at-Thabrani. Dilemahkan oleh al-Haitsami dan dinilai palsu oleh Syaikh Albani.)

[Hadis kedua]


من قام ليلتي العيدين محتسبا لله ، لم يمت قلبه يوم تموت القلوب

Barangsiapa yang menghidupkan dua malam hari raya (‘Iedain –fitri & Adha) dengan mengaharapkan pahala dari Allah, tidak akan dimatikan hatinya pada hari dimatikan hati-hati.  (Sangat Lemah: Diriwayatkan oleh Ibnu Majah, disebutkan di dalam az-Zawaid “isnadnya dhaif kerana tadlisnya Baqiyah”. Al-Iraqi berkata, “Isnadnya lemah”.)

Dan banyak lagi hadis-hadis yang senada dengan hadis ini yang menerangkan tentang kelebihan malam 'Ied. Kata Ibn Taimiyyah: “Hadis-hadis yang disebut tentang (menghidupkan malam) pada dua hari raya adalah dusta ke atas Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam”.

Jadi apa yang perlu dilakukan malam 'Iedul Fitri?

Dari Abdullah bin Amru al-‘Ash raiyallahu ‘anhu dia berkata, Telah berkata kepada ku Rasulullah shallallahu 'alahi wa sallam,

( يا عبد الله لا تكن مثل فلان كان يقوم الليل فترك قيام الليل (  رواه البخاري ومسلم والنسائي وغيرهم

Wahai Abdullah, janganlah kamu jadi seperti si fulan, dia melakukan qiyamullail (secara berlebihan pada sebahagian malam), dan meninggalkan qiyamullail (pada malam berikutnya). Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, an-Nasaie dan selain mereka.

Kesimpulannya, malam-malam apa pun jangan ditinggalkan qiyamullail. Ada pun jika kita ingin menghidupkan solat malam pada malam 'Iedul Fitri, silakanlah lakukan semahu anda tetapi perlu dibatasi dengan petunjuk rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Al-‘Allamah Ibnu as-Sa’di berkata, jika kita mahu hidupkan solat malam secara sendirian pada malam ‘Ied maka itu yang disukai oleh para ulama. Namun jika ingin dilakukan secara berjemaah di masjid seperti yang dilakukan semasa solat terawih, maka hal itu tidak ada contohnya dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dan ianya tertolak dan dibenci.

[Rujukan hadis Silsilah Ahadis adh-Dhaifah no. 520 & 521]

Oleh: Ismail Faruqi Bahaman
______________________________________________________________________________

INFORMASI

[1] Untuk membaca hukum hakam selanjutnya, anda boleh klik link di bawah:
  • http://www.facebook.com/1manhajsalaf
[2] Anda semua boleh dapatkan kuliah Ustaz Fathul Bari berkenaan sunnah dan isu semasa berkaitan. Klik link di bawah:
  • http://www.facebook.com/ufbchannel?ref=ts
LAMAN WEB RASMI KAMI: www.1manhajsalaf.blogspot.com

http://www.scribd.com/doc/58361060/JAWI-mengiktiraf-Manhaj-Salaf

0 comments:

Post a Comment