Sunday, June 12, 2011

Persoalan Penting: Solat di Masjid yang mempunyai kubur & yang berkaitan.

Soalan: Mengapakah diharamkan bersolat di masjid yang di dalamnya ada kubur, di masjid yang dibina di atas perkuburan, di masjid yang tanahnya bersambung dengan tanah perkuburan dan berhampiran dengan kubur?

Jawapan: Berkata Syeikhul Islam Ibn Taimiyah rahimahullah sebagai jawapan kepada soalan di atas:


"Menjadikan suatu tempat sebagai masjid ialah bertujuan untuk mendirikan solat lima waktu dan mengerjakan ibadah-ibadah yang lain di dalamnya,. Itulah tujuan sebenar didirikan sesebuah masjid.Jika matlamat pembinaan sesebuah masjid hanyalah untuk didirikan ibadah dan berdoa kepada Allah semata bukan kepada para makhluk, maka diharamkan oleh Rasulullah sallallahu alaihi wasallam menjadikan kubur-kubur sebagai masjid, kerana fungsi masjid untuk solat di dalamnya sebagaimana tujuan semua masjid dibina. Namun, jika mendirikan masjid di kuburan maka ia akan mudah membuka ruang untuk mengubah maksud ibadah seseorang itu daripada beribadah kepada Allah akan tercampur dengan beribadah kepada orang di dalam kubur (mayat), iaitu dengan cara berdoa kepada kubur dan berdoa di sisi kubur. Maka Rasulullah sallallahu alaihi wasallam telah melarang menjadikan tempat seperti ini untuk beribadah kepada Allah supaya dapat menutup ruang daripada menyekutukan Allah dengan mayat di dalam kubur".

[Lihat: alqaedah al jalilah, hlm 22. Ibn Taimiyah]

Antara sebab ditegah menjadikan kubur sebagai masjid atau masjid dijadikan kubur (tempat mengkebumikan mayat) ialah menutup ruang dari memuliakan dan memuja mayat dengan cara yang terkeluar dari batas yang dibolehkan oleh syarak, sebagaimana perbuatan orang-orang Yahudi. Perkara ini telah diterangkan juga oleh al-Allamah Ibn al-Malik rahimahullah dari kalangan ulama Hanafiyah:

"Adapun diharamkan mendirikan masjid di kuburan ialah kerana bersolat di masjid yang ada kubur sama seperti mengikut sunnah dari sunnah-sunnah Yahudi". [Lihat: Tahzir alsaajid, hlm. 182. Nasruddin al-Albani]

Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda:

Bersabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam: "Allah melaknat Yahudi dan Nasrani yang telah menjadikan kubur-kubur Nabi mereka sebagai masjid-masjid. Dan telah diberi peringatan apa yang mereka lakukan". [HR: al-Bukhari]

Menurut hukum lahir dari mazhab Hambali, bersolat di masjid yang ada kubur atau di masjid yang didirikan di perkuburan maka tidak sah (batal) solat tersebut [Ibid. hlm. 185] dan wajib diulang semula.

*Kuburi, Penyembah dan Pemuja Kubur, Oleh: Ustaz Rasul Dahri, halaman 55-57
 ______________________________________________________________________________

INFORMASI

[1] Untuk membaca hukum hakam selanjutnya, anda boleh klik link di bawah:

[2] Anda semua boleh dapatkan kuliah Ustaz Fathul Bari berkenaan sunnah dan isu semasa berkaitan. Klik link di bawah:

LAMAN WEB RASMI KAMI: www.1manhajsalaf.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment