Kata al-Syeikh Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah:
Tidak halal meriwayatkan hadis palsu dalam apa perkara sekali pun, melainkan bersama keterangan tentang kepalsuannya. Ini sama ada berkaitan halal dan haram, atau fadail (kelebihan-kelebihan amalan), atau al-tarhib (menakutkan orang ramai terhadap maksiat) dan al-targhib (menggalakkan ibadah), atau kisah, atau sejarah atau selainnya.
Sesiapa yang meriwayatkan tanpa keterangan bererti telah melakukan dosa yang besar dan termasuk dalam senarai pendusta. Ini berasaskan apa yang diriwayatkan oleh al-Imam Muslim dalam mukadimah sahihnya bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menyebut hadis daripadaku sedangkan dia menyangka ia dusta, maka dia termasuk salah seorang pendusta”.
Ramai ulama hadis telah menghukum dengan ta‘zir (denda) dan takdib (hukuman membetulkan akhlak) ke atas sesiapa yang meriwayatkan hadis palsu tanpa diterangkan kepalsuannya. Kata Abu ‘Abbas al-Sarraj: Aku melihat diberikan kepada Muhammad bin Isma‘il al-Bukhari surat Ibn Karram yang bertanyakan beberapa hadis, antaranya: hadis daripada al-Zuhri, daripada Salim, daripada ayahnya - disandarkan kepada Rasulullah (Iman itu tidak bertambah dan tidak berkurang).
Maka al-Imam al-Bukhari menulis di atas surat tersebut: Sesiapa yang menyebut hadis ini maka wajib dipukul dengan keras dan dipenjara dalam tempoh yang lama. Bahkan di kalangan ulama ada yang menghalalkan darahnya. Maka, ketika disebutkan hadis (palsu) Suwaid al-Anbari: Sesiapa yang jatuh cinta, lalu dia menahan diri dan menyembunyikannya, kemudian mati, maka dia mati syahid), lalu Yahya bin Ma‘in berkata: “Darah orang ini halal”.
Ketika ditanya Ibn Hajar al-Haithami mengenai seorang khatib yang menaiki mimbar setiap Jumaat dan meriwayatkan hadis-hadis tanpa diterangkan sumber dan kedudukannya, maka jawabnya: “Hadis-hadis yang dia sebut tanpa menerangkan perawi dan siapa yang menyebutnya, harus dengan syarat dia seorang yang mempunyai ilmu dalam hadis, atau dia memetik daripada kitab yang penulisnya ahli hadis. Adapun jika dia hanya bergantung kepada kitab atau ucapan yang penulisnya bukan ahli hadis, maka tidak halal (berbuat demikian).
Sesiapa yang melakukannya dita‘zirkan dengan keras. Inilah keadaan kebanyakan khatib. Mereka semata-mata hanya melihat khutbah yang mengandungi hadis-hadis, lalu mereka hafal. Mereka berkhutbah menggunakan hadis-hadis tersebut tanpa mengetahui asal-usulnya. Maka wajib ke atas pemerintah di setiap negeri menghalang para khatib dari berbuat demikian”. (Abu Syahbah, al- Wasit fi ‘Ulum wa al-Mustalah al-Hadis, m.s. 321-322).
Jangan bohong guna nama Rasulullah!: http://drmaza.com/home/?p=477
"Sesiapa yang jatuh cinta, kemudian dia menyembunyikannya"
Matan Hadis
Sengaja saya takhrijkan hadis ini kerana ramainya mereka mengunakan hadis ini dengan menggangap bahawa hadis ini boleh di amalkan.
من عشق فكتم وعف فمات فهو شهيد
Maksudnya : ”Sesiapa yang jatuh cinta, kemudian dia menyembunyikannya dan dia mati, maka matinya itu adalah syahid“.
Kitab Yang Meriwayatkan Hadis Ini
Diriwayatkan oleh al-Kharaity di dalam Kitab A`tilal al-Qulub Bab Man A`fa Fi A`syqihi, hadis no 103.
Khatib al-Bagdadi di dalam Tarikh Bagdad, juz 11 m/s 297 no. 6079.
Masalah Hadis Ini
Hadis ini terputus sanadnya pada عبد الله بن عبد الملك الماجشون, yang mana menjadikan hadis ini tidak mencukupi syarat sahih dan hasan.
Hukum hadis
PALSU ( Jamek Soghir wa az-Ziyadah, jil 1 m/s 1248, no 12473 ). Hadis ini adalah sebahagian daripada hadis golongan sufi yang mungkar ( Salasilah Sohehah, jil 19 m/s 67 ).
http://hatinurani86.blogspot.com/2010/08/sesiapa-yang-jatuh-cinta-kemudian-dia.html
http://muawiyah90.blogspot.com/2011/02/hadis-palsu-sesiapa-yang-jatuh-cinta.html
______________________________________________________________________________
INFORMASI
[1] Untuk memaca hukum hakam selanjutnya, anda boleh klik link di bawah:
[2] Anda semua boleh dapatkan kuliah Ustaz Fathul Bari berkenaan sunnah dan isu semasa berkaitan. Klik link di bawah:
LAMAN WEB RASMI KAMI: www.1manhajsalaf.blogspot.com
Saturday, May 7, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment