Tuesday, May 31, 2011

Bagaimana Masih Solat Sunat Ketika Iqamah Dikumandang?

Bila seseorang itu telah masuk ke masjid lalu solat sunat, kemudian iqamah pun dikumandangkan, maka pendapat yang paling baik berkenaan kes ini ialah bahawa jika dia sudah berada pada rakaat yang kedua, dia hendaklah menyelesaikan solatnya cepat-cepat, dan jika dia masih berada pada rakaat yang pertama pula, hendaklah dia memutuskan solatnya dan masuk ke solat berjamaah bersama imam. [Fatawa Ibnu 'Uthaimin, 1/345]



Asas kepada perkara ini ialah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim di dalam kitab sahihnya: Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam bersabda: "Jika iqamah dilaungkan untuk solat maka tiada solat selain yang wajib itu." [Sahih Muslim, 1/493]

Maka, jika seseorang itu telah mengerjakan rukuk pada rakaat yang kedua ketika iqamah sedang dilaungkan, maka hendaklah dia menyelsaikan solatnya. Jika iqamah dilaungkan sebelum dia melakukan rukuk pada rakaat yang kedua, maka hendaklah dia berhenti kerana apa yang tertinggal dari sujud dan tasyahhud itu tidak diperlukan lagi. Berhenti solat boleh tanpa salam bahkan memadai dengan niat sahaja,berlainan dengan apa yang biasa disalah ertikan.

*Apa Yang Harus Anda Lakukan Dalam Situasi Tertentu, Oleh: Syekh Muhammad Soleh al-Munajjid
______________________________________________________________________________

INFORMASI

[1] Untuk memaca hukum hakam selanjutnya, anda boleh klik link di bawah:


[2] Anda semua boleh dapatkan kuliah Ustaz Fathul Bari berkenaan sunnah dan isu semasa berkaitan. Klik link di bawah:


LAMAN WEB RASMI KAMI: www.1manhajsalaf.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment