Saturday, April 23, 2011

Larangan Berjual Beli Di Dalam Masjid

Dari ‘Abdullah bin ‘Amr radhiyallahu ‘anhu, dia menyatakan:

“Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melarang menjual dan membeli di masjid, membacakan syair, mengumumkan kehilangan, dan bercukur pada hari Jumaat sebelum solat.” (Hadis Riwayat Ahmad (2/179), at-Tirmidzi (322), dan Abu Daud (1079))

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Jika kamu melihat orang menjual atau membeli di masjid, maka katakanlah (kepada mereka), “Semoga Allah tidak memberi keuntungan di atas perniagaan kamu”.(Hadis Riwayat at-Tirmidzi (1321). Dan at-Tirmidzi menghasankannya)
 


Imam asy-Syaukani rahimahullah menjelaskan:

“Kedua-dua hadis tersebut menunjukkan bahawa diharamkan jual beli, pengumuman berkenaan kehilangan, pembacaan syair (di masjid), dan bercukur pada hari jumaat sebelum solat.” (Rujuk: Nail al-Authar, 2/271)

Berdasarkan hadis Abu Hurairah, Imam ash-Shan’ani rahimahullah menjelaskan:

“Hadis ini menunjukkan pengharaman jual beli di dalam masjid, dan orang yang menyaksikan transaksi tersebut hendaklah mengatakan dengan jelas, “Semoga Allah tidak memberi keuntungan di atas perniagaan kamu”, sama ada kepada pembeli atau penjual, sebagai peringatan untuk mereka yang melakukannya. (Rujuk: Subulus Salam, 1/413)

http://fiqh-sunnah.blogspot.com/
_______________________________________________________________________________-
INFORMASI
Untuk memaca hukum hakam selanjutnya, anda boleh klik link di bawah:
http://www.facebook.com/1manhajsalaf
Anda semua boleh dapatkan kuliah Ustaz Fathul Bari berkenaan sunnah dan isu semasa berkaitan. Klik link di bawah:
http://www.facebook.com/ufbchannel?ref=ts
LAMAN WEB RASMI KAMI: www.1manhajsalaf.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment